Bissmillahirrahmanirrahim,
Firman Allah SWT bermaksud; "Bagaimana kamu
kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan,
kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu
dikembalikan"
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama adalah
benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membedakan
kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu
memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan
kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan
beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara
sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk
mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan
kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal
untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan
bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada
kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya.
Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat
bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun
semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala
orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka iniakan
terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada
Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa
keadaan :
Tanda 100
hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada
hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat
tanda ini cuma mereka sadar atau tidak saja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu
Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru
disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging
tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar
dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau
mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini
akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka
ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan
sesudah mati.
Tanda 40
hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis
nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut
dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan
wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan
merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang
tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang
akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada
mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan
secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian
tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah
kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan
memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan
bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan
ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya
akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan
merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana
ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan
satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan
seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk
menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan
sekarang akan mematikan pula.
Bila sahabat ingin melihat salah satu film yang
bertajuk sesuai kutipan ini, silahkan sahabat fillah kunjungi Chanel Youtube
ini;
Sumber:
Forum Ponpes Jannatul Firdaus (fb group)
1 komentar:
astaghfirullah... merinding saya bacanya ..
Posting Komentar